Sunday 8 January 2012

2012 Tahun Melawat Perak

Sempena tahun 2012 iaitu tahun melawat Perak, ku sbg anak jati Perak akan menge'post' ape yang ade kat Perak. Sile ke laman peraktourism.com utk maklumat pasal tahun melawat Perak.

Saturday 10 December 2011

Eksplorasi sains - 2

Semalam aku dah post tentang eksplorasi sains kat Pusat Sains Negara. So,arini aku nak abiskan ape yang patut aku setelkan semalam. Haha,ayat nak maam gengster. Ok,ni pameran istimewa kat Pusat Sains Negara sempena cuti sekolah dan hari karnival sains.

Actroid, the human android.
Merupakan model dan siri pertama android manusia di Jepun. Masih tidak dapat bergerak selancar manusia biasa, tapi dapat bercakap dan membalas ape yang orang lain cakap kat dier. Yang buat aku macam batak sikit tu bile tengok pergerakan otot-otot dier,memang macam orang biase. tengok je la gambar-gambar yang ade nih.

 
 

 

Aiseh, aku baru pasan yang aku lupe nak snap gambar otot tangan dan kaki actroid ni. Sebab memang nampak macam otot manusia biase.

Dinos alive - Age of Gaints
Merasai kehidupan di alam dinosor dan lebih dari 10spesis dinosor di pamerkan di sini dan terdapat rangka t-rex yang lebih kurang setinggi 10 kaki.

 
 

 

 

 

 










Cukup la post aku sampai sini, salah dan silap harap ditegur. Thanks again to National Science Centre. Chio!

Eksplorasi Sains

Setelah berbulan-bulan aku create blog ni, ni la kali pertama aku nak post entri. Muahaha. Untuk kali pertama ni, aku nk share tentang eksplorasi sains di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sebelum aku mengulas panjang mengenai eksplorasi sains, aku nk kongsi sedikit sebanyak tentang Pusat Sains Negara.


Pusat Sains Negara, pastinya ramai yang tahu tentang pusat pembelajaran sains dan matematik yang terletak di Bukit Kiara ni. Tapi aku pasti, rata-rata orang pasti cuma datang mengunjungi Pusat Sains Negara ini masa rombongan sekolah dulu kan. Pusat Sains Negara ini telah dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sehari selepas ulang tahun kelahiran aku yg ke 8 iaitu 29 Nov 1996. Tujuan Pusat Sains Negara ini di buka adalah sebagai institusi pembelajan yang yang tak formal,selain bertujuan memupuk minat,penghargaan dan kefahaman rakyat terhadap sains, teknologi.

Sempena cuti sekolah ini dan sambutan Karnival Sains oleh pihak Pusat Sains Negara, masuk ke Pusat Sains Negara adalah percuma. Perkara pertama yang kita akan lihat selepas kita menjejakkan kaki ke dalam Pusat Sains ini adalah panorama akuarium ikan air tawar. Pada hemat aku, ini betol-betol menarik minat aku sebab aku dapat melihat lebih dari 10 spesis ikan air tawar yang terdapat dalam akuarium ini.





Selepas akuarium, pengunjung akan dapat melihat, memahami tentang asas-asas sains. Aku yang dah beso ni pun agak teruja dan terkasima dengan setiap barang-barang pameran Pusat Sains ini.
Orang tua teruje dengan plasma..haha

Pergerakan arus elektrik

Bersungguh-sungguh main dengan wap tu..Haha

Cermin oh cermin..

Manusia dan tulang..huhu

Bergambar bersama pemenang hadiah nobel

Cermin ajaib - gambar menjadi seperti bunga

Bersama maskot

Cermin ajaib - jadi kemetot

Cermin ajaib-badan terpisah

Cermin ajaib-gambar jadi terbalik

Keluar je dari bahagian pameran dalam, aku teruskan penjelajahan sains aku (ayat nak macam novel) ke bahagian pameran seterusnya. Masa aku pegi Pusat Sains ni, ade dua pameran yang pada aku betul-betul menarik bila dengar nama pameran nya, iaitu 'Actroid, the human android' dan 'dinos alive-age of giants'. Tentang dua lagi pameran ni, kemudian-kemudian la aku post pulak. Sebelum aku gerak, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pusat Sains Negara dan Kementerian Sains dan Teknologi sebab bina Pusat Sains Negara ni untuk memupuk minat rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Chio!




Tuesday 20 September 2011

New born!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
New baby has born!