Pusat Sains Negara, pastinya ramai yang tahu tentang pusat pembelajaran sains dan matematik yang terletak di Bukit Kiara ni. Tapi aku pasti, rata-rata orang pasti cuma datang mengunjungi Pusat Sains Negara ini masa rombongan sekolah dulu kan. Pusat Sains Negara ini telah dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sehari selepas ulang tahun kelahiran aku yg ke 8 iaitu 29 Nov 1996. Tujuan Pusat Sains Negara ini di buka adalah sebagai institusi pembelajan yang yang tak formal,selain bertujuan memupuk minat,penghargaan dan kefahaman rakyat terhadap sains, teknologi.
Sempena cuti sekolah ini dan sambutan Karnival Sains oleh pihak Pusat Sains Negara, masuk ke Pusat Sains Negara adalah percuma. Perkara pertama yang kita akan lihat selepas kita menjejakkan kaki ke dalam Pusat Sains ini adalah panorama akuarium ikan air tawar. Pada hemat aku, ini betol-betol menarik minat aku sebab aku dapat melihat lebih dari 10 spesis ikan air tawar yang terdapat dalam akuarium ini.
Selepas akuarium, pengunjung akan dapat melihat, memahami tentang asas-asas sains. Aku yang dah beso ni pun agak teruja dan terkasima dengan setiap barang-barang pameran Pusat Sains ini.
Orang tua teruje dengan plasma..haha
Pergerakan arus elektrik
Bersungguh-sungguh main dengan wap tu..Haha
Cermin oh cermin..
Manusia dan tulang..huhu
Bergambar bersama pemenang hadiah nobel
Cermin ajaib - gambar menjadi seperti bunga
Bersama maskot
Cermin ajaib - jadi kemetot
Cermin ajaib-badan terpisah
Cermin ajaib-gambar jadi terbalik
Keluar je dari bahagian pameran dalam, aku teruskan penjelajahan sains aku (ayat nak macam novel) ke bahagian pameran seterusnya. Masa aku pegi Pusat Sains ni, ade dua pameran yang pada aku betul-betul menarik bila dengar nama pameran nya, iaitu 'Actroid, the human android' dan 'dinos alive-age of giants'. Tentang dua lagi pameran ni, kemudian-kemudian la aku post pulak. Sebelum aku gerak, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pusat Sains Negara dan Kementerian Sains dan Teknologi sebab bina Pusat Sains Negara ni untuk memupuk minat rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Chio!
No comments:
Post a Comment